Salam semua,
Apabila kita menjadi tetamu sama ada diundang atau tidak, kita sentiasa mahu dilayan sebaik-baiknya. Betul kan? Terutama apabila kita berada dilokasi yg begitu asing, sama ada didalam negeri mahu pun diluar negeri.
Semasa kami berasa di Surabaya tempoh hari (Mac 2010), kami dilayan dengan layanan yg amat baik sekali walaupun itu lah kali pertama kami berkenalan dengan tuan-tuan rumah yg kami kunjungi.
Layanan yg begitu baik sekali, Masyaallah ianya membuatkan kami begitu terharu & tidak dapat melupakannya.
Itulah pentingnya kita melayan tetamu walaupun tetamu itu tidak kita kenali. Dalam islam kita dikehendaki melayan & menghormati tetamu kita sahingga 3 hari. Kenapa ia amat dititik beratkan sekali?
Guru saya selalu berpesan & memberi ingatan, layan tetamu dgn layanan yg terbaik kerana bila tetamu datang mereka membawa rahmat allah & bila mereka pulang mereka keluar bersama dosa-dosa tuan rumah. Masyaallah........Patutlah kita kena melayan tetamu kita dgn layanan yg terbaik.
No comments:
Post a Comment