Minggu lepas (20 hingga 24 hb April 2010) saya`outstation' di sebelah utara. Bermula daripada Ipoh, Seberang Jaya sahinggake Alor Star.
Dikesempatan itu, saya gunakan sepenuhnya untuk singgah & menziarahi kawan-kawan lama.
Bermula di Tapah saya sempat jumpa 2 orang, di Ipoh 2 orang, di Bagan Serai 1 orang, di Nibung Tebal 1, Seberang Jaya 3 orang & Alor Star 1 orang. Jumlah kesemuanya ialah seramai 10 orang. Kesemuanya adalah kawan sekolah saya dari tahun 1979 hingga tahun 1981.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dapat berjumpa mereka & bertanya khabar serta sempat mengingatkan kembali nostalgia cerita lama semasa disekolah. Diantara 10 kawan lama yang sempat saya kunjungi ada beberapa orang yang tidak pernah bersua sahingga hampir 30 tahun lamanya. Ya, 30 tahun satu tempoh yang sangat panjang.
Insyaallah, saya akan terus mencari kawan-kawan lama jika ada kesempatan dilain masa. Moga-moga jejak mencari kawan lama ini menjadi ibadat iaitu merapatkan silaturrahim yang sekian lama terputus. Insyaallah
No comments:
Post a Comment