Wednesday, April 28, 2010

Cerita digigit semut


Pagi tadi, on the way to work, terdengar Ust Zamri (pakar motivasi) menceritakan dari radio IKIM ada hadith iaitu cerita tentang seorang nabi yang digigit semut. Disebabkan kesakitan, nabi berkenaan telah mengarahkan pengikutnya agar membakar sarang semut itu.


Lalu turun firman Allah, jangan disebabkan seekor semut yang menggigit engkau lalu engkau membakar semua semut yang lain. 'Tidakkah engkau tahu bahawa semut-semut itu sentiasa berzikir kepada aku'.


Pengajaran daripada cerita diatas:-


1) Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah melalui zikir makhluk yang lain juga berzikir apatah lagi kita manuasia yang dilantik sebagai khalifah. Kita mesti ingat kepada Allah siang & malam.


2) Kita perlu menyayangi semua makhluk lebih-lebih lagi makhluk yang bernama manusia atau binatang. Kita mesti berbuat baik kepada semua.


3) Jangan menggambil tindakan tergesa-gesa, perlu fikir & timbang. Jangan disebabkan seekor nyamuk kelambu dibakar.


Semoga ada manfaatnya dari cerita diatas

Tuesday, April 27, 2010

Berjumpa Kawan Lama


Minggu lepas (20 hingga 24 hb April 2010) saya`outstation' di sebelah utara. Bermula daripada Ipoh, Seberang Jaya sahinggake Alor Star.
Dikesempatan itu, saya gunakan sepenuhnya untuk singgah & menziarahi kawan-kawan lama.
Bermula di Tapah saya sempat jumpa 2 orang, di Ipoh 2 orang, di Bagan Serai 1 orang, di Nibung Tebal 1, Seberang Jaya 3 orang & Alor Star 1 orang. Jumlah kesemuanya ialah seramai 10 orang. Kesemuanya adalah kawan sekolah saya dari tahun 1979 hingga tahun 1981.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dapat berjumpa mereka & bertanya khabar serta sempat mengingatkan kembali nostalgia cerita lama semasa disekolah. Diantara 10 kawan lama yang sempat saya kunjungi ada beberapa orang yang tidak pernah bersua sahingga hampir 30 tahun lamanya. Ya, 30 tahun satu tempoh yang sangat panjang.

Insyaallah, saya akan terus mencari kawan-kawan lama jika ada kesempatan dilain masa. Moga-moga jejak mencari kawan lama ini menjadi ibadat iaitu merapatkan silaturrahim yang sekian lama terputus. Insyaallah

Monday, April 19, 2010

Zikrullah

Dalam apa jua keadaan, baik siang atau malam, jangan lupa kpd Allah. Mengingati Allah melalui zikir. Senang saja cakap nak amal bukan main susah. Kita selalu terlupa & lalai dgn kehidupan yg terlalu mengasyikkan ini.

Insyaallah melalui `training' yg dibuat selalu, kita akan ingat Allah. Perlu istiqomah itu yg payah tu. Nafsu yg sentiasa menggajak utk melakukan maksiat & bisikan dan rayuan syaitan membuat kita terus leka & lupa Allah.

Ayuh semua kita perlu bangun. Yang dah lepas tu nak buat macam mana, kena taubat banyak2 & yang penting sekarang ni, dalam apa jua keadaan kita jgn lupa Allah. Sentiasa ingatkan tuhan. Ya allah, ya allah, ya allah.

Silaturrahim

Minggu ini aku mula serious utk menggunakan Facebook - FB, itupun setelah beberapa kali mendapat sms drp kawan-kawan menyuruh join group FB yg telah diwujudkan.
Alhamdulillah, hampir 30 tahun tidak bersua sekurang-kurangnya dapat juga melihat gambar-gambar kawan lama yg sebelum ini tidak diketahui dimana mereka.Walaupun secara maya tetapi dapat juga sekurang-kurangnya bertanya khabar.

Dunia semakin kecil dirasakan dgn teknologi yg ada dapat mencari kawan-kawan yg sekian lama terputus hubungan. Aku berazam bila `outstation' bila berkesempatan akan ku cari mereka ini sekurang-kurangnya dapat berjumpa. Sangatlah besar pahalanya apabila seseorang itu dapat menjalinkan kembali silaturrahim yg terputus disebabkan kesibukan masing-masing. Itulah azam ku.

Friday, April 16, 2010

Jemaah Rahmatul ALamin

Ini adalah sebahagian drp jemaah Rahmatul Alamin. Kami sempat bergambar sempena kunjungan Habib Adnan baru-baru ini.
Yang berjanggut paling panjang tu ialah chief kami.

Nama kumpulan kami adalah saranan drp Tuan Guru Habib Umar Bin Hafidz.

Trip Ke Surabaya, Indonesia


Anak-anak ku begitu excited sekali bila dimaklumkan bahawa kami akan kesana.
Pertama kali naik kapal terbang bagi Aisyah & Amir Yusuf dan pertama kali ke luar negara.
Bagi saya `tiada apa yg nak dilawati' disana tetapi trip ini begitu signifikan kerana disertai sekali oleh guru saya. Tujuan utama utk melawat pesentren atau pondok disana.Nanti akan saya ceritakan insyaallah bila ada kesempatan.

`Shahibul Bait' - Tuan Rumah



Salam semua,


Apabila kita menjadi tetamu sama ada diundang atau tidak, kita sentiasa mahu dilayan sebaik-baiknya. Betul kan? Terutama apabila kita berada dilokasi yg begitu asing, sama ada didalam negeri mahu pun diluar negeri.


Semasa kami berasa di Surabaya tempoh hari (Mac 2010), kami dilayan dengan layanan yg amat baik sekali walaupun itu lah kali pertama kami berkenalan dengan tuan-tuan rumah yg kami kunjungi.


Layanan yg begitu baik sekali, Masyaallah ianya membuatkan kami begitu terharu & tidak dapat melupakannya.


Itulah pentingnya kita melayan tetamu walaupun tetamu itu tidak kita kenali. Dalam islam kita dikehendaki melayan & menghormati tetamu kita sahingga 3 hari. Kenapa ia amat dititik beratkan sekali?


Guru saya selalu berpesan & memberi ingatan, layan tetamu dgn layanan yg terbaik kerana bila tetamu datang mereka membawa rahmat allah & bila mereka pulang mereka keluar bersama dosa-dosa tuan rumah. Masyaallah........Patutlah kita kena melayan tetamu kita dgn layanan yg terbaik.