Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, dalam rancangan motivasi pagi melalui radio IKIM, topik perbincangan adalah mengenai rasa marah.
Rasa marah adalah disebabkankan hilangnya redo kepada Allah. Sepatutnya kita redo dengan apa juga kejadian termasuk musibah atau apa-apa ujian yang kita terima kerana semuanya datang dari Allah dan kita tidak berupaya untuk menggelaknya.
Ada 4 jenis orang berkaitan marah:-
1- Cepat marah & lambat untuk memaafkan
2- Cepat marah & cepat juga untuk memaafkan
3- Lambat marah & lambat untuk memaafkan
4- Lambat marah & cepat untuk memaafkan
Apabila kita rasa nak marah, please ...ingat...jika nak juga marah, itu tandanya kita tidak redo kepada Allah.
Jadi kita masuk dalam kategori mana? tepuk dada & tanya iman.....
Ya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi apa jua ujian & rintangan. Berikan aku sifat redo ya Allah. Aku lemah & aku tak berupaya tanpa bantuan mu...ya Allah......
No comments:
Post a Comment