Monday, November 28, 2011

Sambutan Maal Hijrah 1433


Universiti Malaya Bersolawat

Alhamdulillah pada tahun ini kami menyambut maal hijrah dengan menghadiri majlis maulid di masjid Ar-Rahman Universiti Malaya.

Majlis bermula pada jam 6:30 pm dengan wirdul latif dan diikuti dengan doa akhir tahun yang dipimpin oleh Habib Ali Zainal Abidin.




Selesai solat maghrib, diikuti doa awal tahun yang dipimpin oleh Habib Najmudin. Seterusnya kami membaca Rathib Hadad diikuti tausiah oleh Habib Najmudin & Habib Ali.

Majlis tamat lebih kurang jam 10.00 pm dan syabas diucapkan kepada Persatuan Pelajar Anak Terengganu Universiti Malaya kerana berjaya mengganjurkan majlis awal Muharam & Maulid.





Tuesday, November 8, 2011

Ziarah Arwah Habib Ali




Alhamdulillah saya berpeluang menziarahi Habib Ali Al-Idrus sebanyak dua kali. Kali pertama semasa mengiringi Habib Kazim & yang kedua semasa bersama Ustaz Azhar dan Jemaah. Banyak kata-kata nasihat yang diberi oleh Habib. Beliau sangat tawaduk & berakhlak mulia. Ya Allah tempat Habib Ali bersama-sama kekasih mu...Amin.

Saturday, November 5, 2011

Gambar Sempena Kunjungan Habib Adnan


Selesai majlis & semoga mendapat keberkatan.



Sebahagian drp jemaah yg sempat bergambar bersama Habib

 















Ustaz Azhar & Habib Adnan

Thursday, November 3, 2011

Majlis Ilmu di Kraton, Pasuruan, Jawa Timur

Alhamdulillah aku berpeluang berkunjung ke Indonesia. Antara bandar yang pernah aku sampai ialah Surabaya, Jakarta & Bandung. Jika dibandingkan antara tiga bandaraya ini aku lebih suka kepada Surabaya.

Berdasarkan pengalaman 3 kali kesana, didapati nilai-nilai keislaman disana masih kuat. Masih banyak majlis-majlis maulid & majlis-majlis ilmu.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa berkunjung ke sana.

Kuliah subuh (hari Ahad)

Jemaah melimpah keluar


Majlis ini memang dibuat diluar masjid


Ini adalah Mudir Yayasan Salafiah, Habib Taufiq

Sebuah masjid disana

Tuesday, November 1, 2011

Rasa Marah

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, dalam rancangan motivasi pagi melalui radio IKIM, topik perbincangan adalah mengenai rasa marah.

Rasa marah adalah disebabkankan hilangnya redo kepada Allah. Sepatutnya kita redo dengan apa juga kejadian termasuk musibah atau apa-apa ujian yang kita terima kerana semuanya datang dari Allah dan kita tidak berupaya untuk menggelaknya.

Ada 4 jenis orang berkaitan marah:-

1- Cepat marah & lambat untuk memaafkan

2- Cepat marah & cepat juga untuk memaafkan

3- Lambat marah & lambat untuk memaafkan

4- Lambat marah & cepat untuk memaafkan

Apabila kita rasa nak marah, please ...ingat...jika nak juga marah, itu tandanya kita tidak redo kepada Allah.

Jadi kita masuk dalam kategori mana? tepuk dada & tanya iman.....

Ya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi apa jua ujian & rintangan. Berikan aku sifat redo ya Allah. Aku lemah & aku tak berupaya tanpa bantuan mu...ya Allah......