Mengingati Allah tidak kira duduk, berdiri atau baring perlu dibuat kerana jika tidak, hati akan menjadi lalai. Aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam hal ini.
Berikut adalah amalan harian yang aku cuba laksanakan setiap hari:-
1- Ya latif 400 X
2- Tasbih, tahmit & takbir 33 X setiap satu
3- Solawat 100 X
4- Lailahaillalah 1000 X (nak kumpulkan 70,000 X & nak simpan)
5- Surahtul Al Ikhlas (nak kumpulkan 70,000 X & nak simpan)
6- Wirdul Latif
7- Ratib Hadad
Aku perlu kekuatan untuk istiqamah beramal dengan wirid-wirid diatas. Ya Allah berikan aku kekuatan utk beramal & istiqamah dengan zikir-zikir ini, jangan kau lalaikan aku...Ya Allah.
Ampunilah dosa-dosa ku, yang lepas-lepas, dosa sekarang mahupun dosa-dosa akan datang. Ya Allah kau ampuni juga dosa kedua-ibu bapa ku, anak-anak & isteri ku, guru-guru ku seterusnya muslimin & muslimat yang masih hidup atau pun yang telah mati. Amin Yarabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment