Monday, October 31, 2011

Ujian ataupun dugaan/cobaan

Ujian, dugaan atau cobaan adalah tanda cinta Allah kepada kita hambanya. Melalui ujian dapatlah kita membuat muhasabah sama ada kita ni orang yang sabar atau tidak. Jika kita sabar & redo, insyaallah kita akan beroleh pahala atas kesabaran kita.

Jika ujian yang datang itu dari Allah, maka kepada Allah juga kita memohon & jangan kita berputus asa. Allah tidak akan memberi sesuatu ujian yang kita tidak dapat mampu untuk mengatasinya. Para-para Rasul, Nabi & orang-orang yang soleh diuji dengan ujian yang lebih berat. Atas kesabaran diatas kesushan yang dilalui, mereka beroleh kejayaan.

Bentuk-bentuk ujian:-

1- Ujian dalam mentaati perintah/suruhan Allah

2- Ujian untuk menggelak melakuan maksiat/kejahatan

3- Ujian dalam bentuk nikmat yang dikurniakan.

4- Ujian dalam bentuk musibah


Sama-sama kita fikirkan & muhasabah.

Sunday, October 30, 2011

Zikrullah - Perlu Istiqamah

Mengingati Allah tidak kira duduk, berdiri atau baring perlu dibuat kerana jika tidak, hati akan menjadi lalai. Aku cuba sedaya upaya untuk istiqamah dalam hal ini.

Berikut adalah  amalan harian yang aku cuba laksanakan setiap hari:-

1- Ya latif 400 X
2- Tasbih, tahmit & takbir 33 X setiap satu
3- Solawat 100 X
4- Lailahaillalah 1000 X (nak kumpulkan 70,000 X & nak simpan)
5- Surahtul Al Ikhlas  (nak kumpulkan 70,000 X & nak simpan)
6- Wirdul Latif
7- Ratib Hadad

Aku perlu kekuatan untuk istiqamah beramal dengan wirid-wirid diatas. Ya Allah berikan aku kekuatan utk beramal & istiqamah dengan zikir-zikir ini, jangan kau lalaikan aku...Ya Allah.

Ampunilah dosa-dosa ku, yang lepas-lepas, dosa sekarang mahupun dosa-dosa akan datang. Ya Allah kau ampuni juga dosa kedua-ibu bapa ku, anak-anak & isteri ku, guru-guru ku seterusnya muslimin & muslimat yang masih hidup atau pun yang telah mati. Amin Yarabbal Alamin.





Wednesday, October 12, 2011

Rancangan Untuk Siti Nuraisyah

Siti Nuraisyah baru sahaja habis UPSR & PSRA. Berikut adalah beberapa alternatif pelan untuk masa depan. Kami sentiasa berdoa & berharap agar `result' yang akan keluarkan nanti yang terbaik iaitu 5As.

Berikut adalah beberapa plan/alternatif yang dirancang & Insyaalah akan menjadi kenyataan:-

1) Sek Agama Kajang

2) MRSM Ulul Albab

3) Sekolah Imtiaz MAIWP

4) Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu

5) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

6) Sekolah Agama - JAIS

7) Yayasan SOFA

8) Pasentren - Pasuruan, Indonesia

Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk kami semua amnya & khususnya kepada anakanda Siti Nuraisyah dunia lebih-lebih lagi AKHIRAT.........Amin ya rabbalalamin......