Pada suatu zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang penasihat yang apabila ditanya disebalik sesuatu kejadian jawapan yang diberi ialah mudah....ada hikmahnya. Raja kadang-kadang boring nak tanya sebab dah tahu apa jawapannya....iaitu mesti ada hikmahnya.
Pada suatu hari semasa berburu Raja tersebut tidak senggaja telah mencederakan dirinya iaitu salah satu daripada jari tanggannya terputus, lalu bertanya kepada penasihatnya apa kemungkinan disebalik kejadian tersebut. Penasihat Diraja dengan selamba & seperti biasa memberi jawapan....mesti ada hikmahnya.
Raja dah hilang satu jari & jawapan yang diberi oleh penasihat amat menyakitkan hati raja. Tanpa bnayak bicara penasihat tersebut dipecat & terus dihukum penjara, Raja amat murka....
Beberapa waktu berlalu, Raja seperti biasa terus dengan hobi baginda iaitu berburu & sedang leka berburu baginda telah memasuki kawasan orang asli yang tidak bertamadun & baginda dan beberapa pengiring telah ditangkap. Ketua kaum tersebut telah memutuskan untuk menggorbankan semua orang yang ditangkap kepada tuhan mereka.
Dimalam hari sebelum upacara penggorbanan dibuat, tawanan yang ditangkap
Friday, May 28, 2010
Friday, May 7, 2010
Syukur & Sabar (Redo)
Bila kita mendapat nikmat sewajibnya kita bersyukur atas nikmat tersebut & bila kita mendapat musibah atau apa-apa ujian kita sewajibnya bersabar dan redo dengan apa yang terjadi. Tindakan diatas adalah sifat mukmin yang sejati lagi terpuji. Kedua-duanya mendapat keredoaan Allah. Itulah istimewanya orang mukmin sejati kerana dalam apa jua keadaan jika ada syukur atau sabar, Allah akan sentiasa redo kepada kita.
Nampak macam senang aje. Rasanya syukur tu selalu dilafazkan bila mendapat nikmat cuma yg payahnya utk bersabar atau redo dgn musibah. Banyak sekali kita gagal bila diuji dengan musibah. Ya, secara teorinya kita faham tetapi susah utk dipraktikan.
Apa kata kalau kita `set'kan dalam minda/hati kita bahawa, segala-galanya telah ditentukan sejak azali. Jadi kita tidak perlu bimbang atau berkeluh kesah dengan apa yang terjadi. Tidak ada sebab menggapa kita perlu risau dengan apa-apa musibah yang menimpa. Semuanya baik disisi Allah.....moga ada manfatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)